BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Nov-2011 14:29 Email | Share | Bookmark
Pelamin Fairytale


Adakah anda mencari kelainan untuk majlis persandingan anda? Jadikan memori indah yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat dengan majlis bertemakan kayangan. Hadiahkan buat si dia pelamin impiannya semoga semakin erat kasih sayang yang bertahta di hati anda berdua. Dapatkan rekaan pelamin terbaru dari D Ratu Bridal, rekaan fairytale untuk majlis perkhwinan anda.


Tema perkahwinan yang kami sarankan buat para pengantin D Ratu adalah berkonsepkan pastel color. Supaya warna-warna ini akan menampakkan nilai ekslusif dan fantasy. Elakkan warna2 kombinasi yang terlalu banyak.. kelak ia akan menenggelamkan rekabentuk fairytale tersebut.

Dan antara perkara yang harus diketahui oleh bakal pengantin, tidak semestinya warna tema majlis mesti di tepati sepenuhnya dengan warna-warna kombinasi pelamin. Mungkin anda memilih warna tiffany blue untuk baju pengantin.. dan ia tidak semestinya pelamin perlu ada element-element semuanya biru. Sekadar cadangan dari D Ratu... banyakkan warna-warna pastel supaya akan menyerlahkan baju pengantin. Carilah element ekslusif walaupun majlis anda tidak mencecah ratusan ribu ringgit mahupun jutaan ringgit. Tidak semestinya dengan budget yang kecil tidak mampu terhasilnya nilai ekslusif dari majlis yang sederhana.

Namun kami juga tidak dapat menolak sekiranya pengantin kami mahukan warna-warna yang berani. Mungkin anda seorang yang memang berani atau sukakan warna-warna yang menonjol. Atau anda masih mahukan warna-warna kegemaran anda disimpan dan sejarah hidup anda.. jadi terpulanglah kepada pengantin untuk menentukannya.

D' Ratu sedia memberi khidmat nasihat percuma kepada bakal pengantin kami, namun yang menentukan bagaimana ia terhasil adalah dari keputusan para pengantin.


Jom layan pelamin pertama fairytale








Majlis perkahwinan ini adalah meraikan majlis hana & fauzy, yang berlangsung 30 oktober 2011.
Didoakan semoga ikatan perkahwinan suci yang dibina ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah. amin


sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
D Ratu Bridal Gallery
Prima Sri Gombak, Batu Caves Selangor
Tel : 013-6070 393 (nur wafa) atau 03-61877099 (butik)

Dapatkan pelamin terbaru berkonsepkan fairytale 2012 dengan harga promosi dari D Ratu Bridal


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net