BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Aug-2011 15:26 Email | Share | Bookmark
Ramadhan Nan Mulia kembali lagi.



Alhamdulillah Ramadhan telah kunjung tiba, semoga Ramadhan ini membuatkan kita lebih dekat dengan Maha Pencipta. Huluran kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini, sesungguhnya kita diciptakan tidak sempurna adanya.Setiap insan pasti dan sudah tentu ada melakukan kesalahan ketika mana ia alpa dalam mengemudi hidupnya.

Secara kebetulan kepulangan kami dari Tanah Suci-Mu ke Malaysia pada tanggal 7 Ramadhan ini maka genaplah D Ratu Element Trading atau lebih dikenali sebagai D’ Ratu Bridal mencecah usia 2 tahun.Serasa begitu pantas masa berlalu tanpa pernah sesekali berpaling ke belakang, sesekali tidak menunggu seketika walaupun kita terleka sedetik cuma.Semoga D’ Ratu lebih matang dan bijak mengharungi perjalanan ini bersama erat dalam hidupku, belajar dunia yang penuh berliku dan onak yang kadang-kadang tidak dapat diduga hadirnya. Seperti gasing yang berpusing, sepantas putaran selepas di lepaskan dari talinya, berputar dan terus berputar tanpa terduga hentinya.

Bermula dengan pemasangan pelamin pertama kami 070809 di Rawang. Belajar dari secubit ilmu kami merangkak dari lantai, kemudian dari pengalaman yang sesudu cuma kami terus bertahtih dari bawah dan kini kami berani menapak lagi kehadapan dengan setimba pengajaran yang mendewasakan. Terima kasih buat suami tersayang yang sanggup berkongsi minat denganku, menemaniku menapak dari langkah pertama, disisiku dikala apajua yang berlaku dan kesabarannya membentengi emosiku.

Dengan berbekalkan kekuatan dan keyakinan diri walaupun hanya beroperasi di rumah secara kecil-kecilan sebelum ini, namun masih ramai yang memberikan kepercayaan mereka kepada D’ Ratu. Setelah permintaan mengatasi kemampuan dan kudrat yang ada rasa tidak terdaya, maka kurasakan ini jalan terbaik.... Demi kepuasan pelanggan, demi keselesaan pelanggan, demi kemudahan pelanggan dan demi majlis mereka kami dapat laksanakan dengan jayanya..maka kami mencari lokasi terbaik utk berpindah. Semoga lokasi baru ini mudah dicari, selesa utk berbincang dan suasana yang lebih ekslusif. Alhamdulillah ALLAH. Berbekalkan keyakinan dengan rezeki ALLAH, dalam seusia semuda 1 tahun 6 bulan kami mengembangkan sayap ke suatu tahap yang lebih baik. Menambah kakitangan yang sedia ada bagi melicinkan lagi operasi yang kian berkembang.Terima kasih buat semua. Semoga ia menjadikan D’Ratu lebih efisyen dan professional dan mengemudi bidang ini.

Pelbagai jenis pengalaman getir kami lalui, biarpun sesekali ia seolah tidak mampu digalas, namun itu ketentuan dari Maha Pencipta. Redhalah wahai hati semoga Allah terus merahmati, kuatlah wahai diri dalam mengharunginya, bertahanlah wahai jiwa dengan sekentalnya,berjuanglah wahai nurani dikala hati sedang bergelora menongkah arus ini. DIA sesungguhnya sesekali tidak menduga kita diluar kemampuan kita, maka sebenarnya kita mampu untuk menghadapinya sebaik mungkin, insya-Allah. Semoga dengan ujian getir itu kami diberi hikmah yang lebih baik untuk kami nikmati. Kadang kala kita menghitung-hitung apakah hikmah yang bakal kita kecapi, namun acapkali kita tidak sedar hikmah yang baik itu hadir ketika kita leka mengecapinya. Alhamdulillah kasih ALLAH masih buat kami.

Buat pelanggan-pelanggan yang kami kasihi, samada yang kami telah laksanakan majlis mereka atau yang masih dalam perancangan atau yang masih dalam perbincangan, kami hulurkan jutaan terima kasih diatas sokongan, kepercayaan, keyakinan dan minat yang dalam pada hasil D’ Ratu. Moga ia tidak kami sia-siakan dalam mengemudi kedewasaan D’ Ratu. Semoga bulan Ramadhan yang mulia ia menciptakan buat kita satu hubungan yang lebih indah lagi. Amin


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net