BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jun-2010 02:19 Email | Share | Bookmark
Majlis bertandang Liyana & Marzuki

Bismillahirohmanirohim.....

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih bebanyak kat team-team yang terlibat dalam tempoh cuti sekolah ari tu... walaupun nampak mereka kepenatan dan keletihan, namun masih boleh lagi bergurau senda dan gembira.
Walaupun kekadang kami mengalami masalah 'ketidak bersediaan' kawasan penempatan pelamin... namun team D' Ratu masih sabar dan turut sama membantu mengemaskan kawasan tersebut. So agak lambatlah pelamin ditegakkan dan dihiaskan sepertimana yg dijadualkan. Mujurlah untuk lokasi berikutnya pelanggan-pelanggan kami memahami situasi ini... Apa nak buat dah tak dapat nak dielakkan.

So lepas nie.. kami berharap benar kepada pelanggan-pelanggan supaya dapat memberi kerjasama kepada team kami agar 'lokasi penempatan pelamin' telah dikosongkan atau dengan erti kata lain... 'siap sedia' utk sesi pemasangan pelamin... kang kesian pula dengan pasangan pengantin yang berikutnya...

Namun bergitu kami tidak salahkan sesiapa.. kita hanya merancang, ALLAH sahaja yang menentukan.Pasti ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui disebaliknya. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah-Nya.

Kepada pasangan pengantin D' Ratu kami panjatkan doa semoga bahtera rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat dan bahagia melimpahi suasana keluarga kalian. terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada kami... akan kami galas sebaik-baiknya.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami :
D' Ratu Bridal House
http://d-ratu-bridal.fotopages.com
www.facebook.com/d.ratu.bridal
tel : 013-6070 393 (nur wafa)

Sila buat temujanji sebelum datang yaaaa












View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net