BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Mar-2010 01:04 Email | Share | Bookmark
Majlis Perkahwinan Wawa & Pasangannya....

Merancang majlis perkahwinan adalah bukan suatu yang mudah. Ketelitian terhadap setiap persediaan menjadi pengukur kepada hasil majlis yang bakal dilangsungkan. Namun harus diingat ketelitian tersebut tidak seharusnya menjadi bebanan kepada bakal ratu dan raja sehari. Biarpun ia penting... tetapi kepada beberapa faktor sahaja. Bukan bermaksud berserah sepenuhnya dengan apa yang ada dihadapan mata. Tetapi tidak terlalu cerewet terhadap setiap inci persediaan dan persiapan. Bimbang ia mengganggu pemikiran, kesihatan dan emosi bakal pengantin.

Kegembiraan sewaktu hari bersejarah perlu menjadi suatu keutamaan... biarpun majlis yang berlangsung sederhana. Namun kemeriahan dan kesefahaman orang-orang dipersekitaran kita akan banyak membantu kepada majlis tersebut. Mengapa??? Kalau pengantin sporting dan tidak terlalu cerewet... pastinya,
keluarga ceria dan tidak terlalu tertekan memenuhi setiap kehendak insan yang diraikan,
saudara-mara rela hati menghulur keperluan bagi melengkapi majlis,
kawan-kawan sudi dan ringgan tulang membantu,
photographer pun gembira mengambil setiap inci pergerakan pengantin,
wedding planner pun tidak pening dalam mengihamkan kehendak pengantin.

Begitulah berlaku kepada pasangan ini...
Menempah di awal tahun 2009 dengan D' Ratu....
Memberi kepercayaan kepada kami menyediakan apa yang pernah disuarakan dari tahun yang lalu... kami yang naik bimbang, pengantin tidak pernah update kepada kami... sms mahupun call ataupun email...
Namun kami tetap menyediakan yang terbaik untuk wawa dan pasangannya. Persiapan dan idea telah kami garap.. menjelang majlis ini.

Sebulan sebelum majlis.. wawa datang dan bawa ibunya bagi melihat sendiri Dress Donna yang menjadi pilihan dimajlis persandingannya. Dan perbincangan ringkas dilakukan.

Wahhhh kami pun gembira dan senang hati sungguh... kerana dia pengantin sempoi.. memegang kepada konsep .."saya tak mahu pening-pening.. so buat apa sahaja yang terbaik kak. Yang penting cantik dan sesuai".. Tak pernah tanya perincian kepada hasil pelaminnya nanti.. tidak pernah meminta kami melakarkan idea kami... sekadar bertanya secara kasar pelamin yang diperlukan adalah memberi tumpuan kepada warna putih dan sedikit kombinasi purple.. untuk mengekalkan tema warna keluarga beliau...

Kami terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh beliau... Sekalung terima kasih kami ucapkan.
Doa kami pohon agar wawa dan pasangannya dikurniakan kebahagian dalam menempuh alam rumah tangga.. dan berkekalan keakhir hayat... amin













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net