BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Mar-2010 06:05 Email | Share | Bookmark
kahwin.. dan ..kahwin.. jom kahwin

Salam semua pengunjung fb D' Ratu

Meraikan majlis persandingan Fiza & Suaminya..... (alamak lupa lah nama.. sori hehehe)
Tahniah dari team D' Ratu ucapkan untuk pasangan ini... senyum sokmo dan semoga berbahagia selalu..












Sekadar ingin mencoretkan sesuatu untuk para pengantin baru dan bakal ratu sehari ...

Lafaz "sah" dalam pernikahan membawa erti yang begitu besar untuk dimanfaatkan dalam kehidupan..
Ia adalah permulaan kepada sebuah percintaan.
Kalau dulu bercinta bertahun-tahun... tapi alam rumahtangga adalah alam baru utk ditempuhi.
kalau dulu kita jumpa paling maksimum 8 - 12 jam sehari... tapi selepas lafaz diungkap maka segala gerak gerinya kita dapat teliti dan belajar untuk fahami..

Belajar mengenal pasangan adalah suatu tempoh dan saat yang kadang-kadang dialami manis malah ada juga berhadapan dengan tempoh kritikal oleh sesetengah pasangan... namun ingatlah.. di dalam hati nurani tu ada sebuah kekuatan yang membolehkan ia bertahan...KEKUATAN itu bertahan kerana ada KESABARAN... dan "kesabaran" menjadi pedoman yang paling berharga. Sesekali kalau kita lihat dari mana agaknya datang kekuatan itu.. tertanya-tanya bagaimana kesabaran itu boleh bertahan??? Segala jawapan itu sebenarnya ada dalam diri kita...

Tidak perlu mencari-cari sekumit mana kesabaran..
malah tidak perlu menggali-gali sedalam mana kekuatan...
ianya datang dengan sebuah keikhlasan dari diri sendiri...

Menerima pasangan dengan seadanya... itu yg selalu kita dinasihatkan dan dengar ..
Boleh jer kalau nak ubah dia... tapi bukan dalam masa yang singkat..
Kalau kita memang jenis pakai seluar jeans sokmo dan mulut tak reti diam..
tetiba pasangan suruh jadi 'ladylike' sesopan wanita melayu terakhir....
tak ker jenuh tu... tapi bolehlah pelan2 walaupun tak mampu menjadi seperti "aida gadis melayu".. jadi ala-ala senyum wanita melayu yg ayu pun dah kira ok.

Usah sesekali menyalahkan dan mempersoalkan takdir yang menyelangi dan menyulami kehidupan rumahtangga.. ia hadir kerna ada penyebabnya.. Ia tiba juga ada hikmahnya.. ia datang sebagai ujian buat kita. Menjadi hamba yang disayangi Allah.. menjadi hamba yang kuat dan tabah.. menjadi pedoman meneruskan kehidupan... menjadi intipati kepada perhubungan suami-isteri.

Mungkin ada harinya kita rasa terjatuh dengan dugaan itu.. mungkin ada harinya kita terseksa dengan ujian itu....mungkin ada harinya kita tersandar kesedihan ..lesu tidak terdaya menerimanya.. Namun itu telah tertulis dalam Loh Mahfuzah milik-Nya. Bisikanlah pada hati untuk menerimanya.. walaupun rasa tidak terdaya... binalah kesabaran dan keikhlasan dalam diri.. Semoga Allah sentiasa bersama kita... amin

SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA KEPADA SEMUA .....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net