BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Dec-2009 23:55 Email | Share | Bookmark
Majlis Persandingan Nurul & Rezal

Sekadar ingin berkongsi cerita....
Pasangan ini telah menempah awal pakej perkahwinan disebuah butik di sekitar Kuala Lumpur..
namun disaat-saat akhir sekitar dua bulan sebelum majlis mereka dimaklumkan adanya penambahan kos untuk pelamin mereka...
Sedangkan kami dimaklumkan itulah pelamin awal yang mereka telah persetujui ketika pakej dan bayaran dibuat.Dan design yang mereka pilih adalah design lama yang termaktub didalam pakej tersebut.
Kehadiran mereka ke butik kami dengan latarbelakang cerita yang kami sendiri tidak tahu permulaannya.. Mereka telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami... Maklum sajalah kami tidak mempunyai gambar yang dapat kami berikan untuk dibelek dan dipamerkan.. namun kami hanya melakarkannya dikertas. Lakaran ringkas namun jelas simple dan cool. Tiada janji indah kami taburkan malah tiada kata-kata melobi kami berikan..
Alhamdulillah mereka percaya kepada kami...

Setelah selesai urusan kami barulah mereka bercerita perkara sebenar dan apa yang pasangan ini hadapi. Kami sekadar mendengar dan sesekali tidak mahu campur tangan kerana hak masing-masing.

Harapan kami semoga pasangan berpuas hati dengan apa yang sekadar kami mampu sediakan dan bahagia hingga ke akhir hayat.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net