Want your
own Fotopage?












 
D' Ratu Bridal House FotoPages



By: D Ratu Bridal House

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Aug-2009 05:25 Email | Share | Bookmark
SALAM RAMADHAN...

Ramadhan kembali hadir..... alhamdulillah kita mampu menikmati kehadirannya lagi
Semoga Ramadhan ini banyak memberi erti dan keberkatan dalam hidup kita..
Supaya mana-mana kelemahan diri kita.. kita mampu perbaiki...amin

Penglibatan kami di sebuah karnival pameran pengantin tempohari telah membuka mata kami... dimana berlaku sabotaj kepada hasil pelamin dan dekorasi mentor kami... Sedih sangat apabila segelintir dari "butik pengantin" tersebut mengaku gambar pelamin tersebut adalah milik mereka sendiri...

Aktiviti "CUT" & "PASTE" gambar asal dan hanya menukar "tag" nama butik pengantin telah membuatkan para pelanggan confiuse ... siapakah milik sebenar pelamin tersebut. Sekiranya anda sendiri meneliti... setiap butik pengantin mempunyai tema atau idea yang membuatkan ia berbeza dari yang lain. Mungkin dari dasarnya ramai orang yang menggunakan "pillar' (panel putih) .. namun lihat hasil dekorasinya.. pasti ada beza. Walaupun tak banyak... namun masih ada kelainan dari satu butik pengantin dengan yang lain.

Kalaupun ada yang sama... ia hampir sama .. tapi tak sama sepenuhnya.
Perkara ini akan berlaku bila pelanggan yang meminta sepertimana idaman pelamin impiannya... sama sepertimana butik pengantin yang lain. Namun mesti butik pengantin tersebut akan menghasilkan kelainan sedikit utk meletakkan identitinya di situ.

Masalah ini tidak menjadi besar sekiranya mana-mana butik pengantin menghasilkannya sendiri..
Hasil tanganya diabadikan dalam gambar dan letakkan di album untuk tatapan pelanggan-pelanggannya.Biarpun ikut ala-ala butik pengantin yang hebat... tetapi hasil tangannya sendiri
dan ada identitinya sendiri.

Tetapi yang menjadi isu utama.. bila aktiviti "CUT" & "PASTE" kepada hasil butik pengantin lain dan mengaku ianya hasil "butik pengantinnya"...
Siap beri penerangan panjang lebar mengenai gambar pelamin tersebut... dahlah penerangan yang diberikan pun tidak tepat malah salah.... mengaku pula hasil tangannya.


Kami akur.. biarpun kami masih setahun jagung .. namun kami tidak sesekali ingin menarik pelanggan dengan meletakkan hasil pelamin orang lain dan mengaku milik sendiri... Berdirilah dengan apa yang anda miliki.. biarpun tidak sehebat mana.. TETAPI IDENTITI ANDA TETAP ADA PEMINATNYA.. percayalah pada diri sendiri.

Bagaimana perasaan anda apabila hasil ciptaan dan rekaan anda telah diakui sebagai hasil org lain.. bayangkan sewaktu anda bersusah payah memerah idea dan keringat menghasilkannya... tetiba dah siap, orang "CUT" gambar sebenar ciptaan anda dan "PASTE" sebagai koleksi miliknya sendiri.. hanya menukar "tag" hakcipta.

Tidak salah sekiranya idea dikembangkan dan diadaptasi kepada sesuatu yang ada kelainannya... tetapi bukanlah dengan melakukan aktiviti mudah "CUT' & "PASTE"..

Semoga ramadhan ini membawa kesedaran dan keinsafan dalam diri kita... amin

~ Salam…
~ Gud job…
~ Abadikan kenangan indah anda bersama ZUBAIDE PHOTOGRAPHY…

http://zubaideshutter.fotopages.com
http://www.flickr.com/photos/zubaide/
Wed 2-Sep-2009 03:38
Posted by:zubaide zubaidephotography@gmail.com  - [Link]
Salam...
Kami menyediakan perkhidmatan SOLEKAN, PHOTOGRAPHY, tempahan MANIK + LABUCI & membuat CUSTOM ALBUM…
Terdapat juga pelbagai barangan untuk dijual & disewa...
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email/sms/call.....
Terima kasih....

http://anggundchanteq.fotopages.com
http://anggunscollections.blogspot.com
Wed 2-Sep-2009 03:39
Posted by:mass anggun_chanteq@yahoo.com  - [Link]
gile2 perah otak nk dpt kn idea..
last org len dpt name ek.
mmg xpuas at tu.
kesian pd si mangsa.
pe pn..slamat maju jaya mis.
Fri 4-Sep-2009 06:59
Posted by:ilhamismail arm.capture@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.