BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Aug-2009 00:55 Email | Share | Bookmark
Penghargaan kami buat semua....


Lokasi : Dewan Centrum Setiawangsa Kuala Lumpur
Perasmian : Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim
Kementerian : Pertanian dan Industri Asas Tani
MC : Nurul Syuhada Nur Ain (TV3)




Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami dan ibu bapa mertua kami yang memberi sokongan dan doa untuk kami meneruskan niat di hati dalam menceburi arena ini.. Dengan langkah yang diatur selepas penganiayaan dilakukan ke atas rumahtangga dan kerjaya kami… mungkin semua itu mempunyai jutaan hikmah yang baik tersembunyi darinya.. Kami akur dan redha semoga ketentuan ini adalah jalan yang ALAH tentukan bagi mengukuhkan ikatan dan hubungan kami berdua.Juga buat kakak, abang dan adik kami yang sentiasa bertanya khabar mengenai perniagaan kami dan memberi bantuan secara langsung atau sebaliknya.


Sekalung terima kasih kami tidak terhingga kepada RiNS SUZANA (Rudie & Suzana) dan team RiNS dalam memberi nasihat dan bantuan serta sokogan dari pelbagai aspek bagi menjayakan pameran di Dewan Centrum Setiawangsa. Menaikkan semangat kami dan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi malah membantu dan mendidik kami untuk melalui liku dan ranjau dalam arena ini… Sesungguhnya walaupun sepatah ayat dari mereka amat bermakna buat kami terus berada di sini hari ini.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan-pelangan D’ Ratu Bridal House yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan kelengkapan menjelang majlis Perkahwinan mereka. Namun kami juga berbesar hati kepada pelanggan-pelanggan yang sudi singgah dan memuji-muji koleksi kami yang tidak seberapa adanya.


Kemaafan kami hulurkan kepada pelanggan-pelanggan yang mana kami tidak berkesempatan melayan dan memberi bantuan khidmat nasihat kepada para bakal ratu dan raja sehari yang singgah ke booth kami di sepanjang pameran. Kehadiran pelanggan-pelanggan yang diluar jangkaan membuatkan kami terharu dengan sambuatan tersebut… Sehingga di saat booth kami berkemas untuk aktiviti packing, masih ada yang sudi hadir dan singgah ke booth kami… setelah kami tidak sempat melayan beliau buat pertama kali beliau singgah ke booth seawal pagi tersebut… kedatangan beliau dengan cubaan kedua walaupun booth telah ditutup mendatangkan hasil… terima kasih kerana memberi kami peluang melayan dan memberi khidmat nasihat buat beliau . Pengalaman pertama D’ Ratu Bridal House bergerak sendiri dan berbekalkan usia setahun jagung mengakui sambutan sebegini amatlah menggembirakan… Namun siapalah kami jika bukan kerana pelanggan-pelanggan yang percayakan dengan perkhidmatan yang kami berikan.


Oleh kerana banyak juga panggilan telefon yang kami terima setelah pameran berakhir.. kami akan aturkan hari dan masa pertemuan kita … kami sedaya upaya cuba memenuhi impian dan keperluan raja dan ratu sehari yang menyokong pemakaian dan busana muslimah kami..


Terima kasih ini juga kami rakamkan buat teman-teman yang membantu dan menguatkan semangat kami sama ada secara langsung atau tidak langsung…. Sama ada melalui bantuan fizikal dan tenaga malah walaupun sekadar panggilan telefon yang sesaat cuma… sesungguhnya ia bermakna buat kami…
Akhir kata TERIMA KASIH SEMUA…. Semoga ALLAH sentiasa memberkati kita semua.. amin.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net