Want your
own Fotopage?












 
D' Ratu Bridal House FotoPages



By: D Ratu Bridal House

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Aug-2009 00:55 Email | Share | Bookmark
Penghargaan kami buat semua....


Lokasi : Dewan Centrum Setiawangsa Kuala Lumpur
Perasmian : Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim
Kementerian : Pertanian dan Industri Asas Tani
MC : Nurul Syuhada Nur Ain (TV3)




Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami dan ibu bapa mertua kami yang memberi sokongan dan doa untuk kami meneruskan niat di hati dalam menceburi arena ini.. Dengan langkah yang diatur selepas penganiayaan dilakukan ke atas rumahtangga dan kerjaya kami… mungkin semua itu mempunyai jutaan hikmah yang baik tersembunyi darinya.. Kami akur dan redha semoga ketentuan ini adalah jalan yang ALAH tentukan bagi mengukuhkan ikatan dan hubungan kami berdua.Juga buat kakak, abang dan adik kami yang sentiasa bertanya khabar mengenai perniagaan kami dan memberi bantuan secara langsung atau sebaliknya.


Sekalung terima kasih kami tidak terhingga kepada RiNS SUZANA (Rudie & Suzana) dan team RiNS dalam memberi nasihat dan bantuan serta sokogan dari pelbagai aspek bagi menjayakan pameran di Dewan Centrum Setiawangsa. Menaikkan semangat kami dan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi malah membantu dan mendidik kami untuk melalui liku dan ranjau dalam arena ini… Sesungguhnya walaupun sepatah ayat dari mereka amat bermakna buat kami terus berada di sini hari ini.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan-pelangan D’ Ratu Bridal House yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan kelengkapan menjelang majlis Perkahwinan mereka. Namun kami juga berbesar hati kepada pelanggan-pelanggan yang sudi singgah dan memuji-muji koleksi kami yang tidak seberapa adanya.


Kemaafan kami hulurkan kepada pelanggan-pelanggan yang mana kami tidak berkesempatan melayan dan memberi bantuan khidmat nasihat kepada para bakal ratu dan raja sehari yang singgah ke booth kami di sepanjang pameran. Kehadiran pelanggan-pelanggan yang diluar jangkaan membuatkan kami terharu dengan sambuatan tersebut… Sehingga di saat booth kami berkemas untuk aktiviti packing, masih ada yang sudi hadir dan singgah ke booth kami… setelah kami tidak sempat melayan beliau buat pertama kali beliau singgah ke booth seawal pagi tersebut… kedatangan beliau dengan cubaan kedua walaupun booth telah ditutup mendatangkan hasil… terima kasih kerana memberi kami peluang melayan dan memberi khidmat nasihat buat beliau . Pengalaman pertama D’ Ratu Bridal House bergerak sendiri dan berbekalkan usia setahun jagung mengakui sambutan sebegini amatlah menggembirakan… Namun siapalah kami jika bukan kerana pelanggan-pelanggan yang percayakan dengan perkhidmatan yang kami berikan.


Oleh kerana banyak juga panggilan telefon yang kami terima setelah pameran berakhir.. kami akan aturkan hari dan masa pertemuan kita … kami sedaya upaya cuba memenuhi impian dan keperluan raja dan ratu sehari yang menyokong pemakaian dan busana muslimah kami..


Terima kasih ini juga kami rakamkan buat teman-teman yang membantu dan menguatkan semangat kami sama ada secara langsung atau tidak langsung…. Sama ada melalui bantuan fizikal dan tenaga malah walaupun sekadar panggilan telefon yang sesaat cuma… sesungguhnya ia bermakna buat kami…
Akhir kata TERIMA KASIH SEMUA…. Semoga ALLAH sentiasa memberkati kita semua.. amin.




buat nur, faisal dan d ratu bridal..
kami hanya inginkan yang terbaik utk rakan2 sealiran
apalagi bila best fren sdiri yg dh join biz ni.
kami bukanlah yang terbaik untuk memberi tunjuk ajar,
sekadar mampu memberi semangat dan dorongan agar
dratu lebih bertenaga untuk maju ke depan walaupun
dalam usia yg masih baru. Dratu mengingatkan kami di mana bermulanya
RiNS dulu, bagaimana kami mencari-cari tapak hidup,dan kerana itu kami
harus menyokong rakan2 yang memulakan biz secara home based di permulaan
percubaan biz.InsyaAllah dengan kekuatan paduan nur & faisal, dratu akan lebih
berkembang apatah lagi bila dh mula dpt sambutan yang amat baik di pameran hari tu.

kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan dan
juga yang bakal membuat tempahan di dratu,
yakinlah anda bahawa dratu mampu merealisasikan impian perkahwinan
anda dengan harga yang terendah namun masih mengambilkira tentang servis yang terbaik.

Moga dratu akan lebih berkembang dengan sokongan padu dari keluarga, kenalan dan yang paling penting
dari pelanggan semua..AMIN..
Tue 18-Aug-2009 13:40
Posted by:suzana@RiNS SUZANA
tahniah cz dh berjaya tarik ramai cstmer singgah booth
dan buat tempahan kt ctu..percubaan pertama yg menjadi..
so, jdkan yg ni sbgai pembuka langkah seterusnya yg lebih jauh utk dratu.
InsyaAllah dgn berbekalkan kesungguhan dan kesucian hati, nur dan faisal mampu
menempuhi segala dugaan yg akhirnya akan ada yang amat manis datang dlm hidup
utk kita kongsikan bersama.
Tue 18-Aug-2009 13:49
Posted by:rudy@RiNS SUZANA
hahaha! gamba aku pun ade..
congrat ikan!

+ Perlukan fotografer Perkahwinan, Event atau Design Bole Hubungi saya
sila layari blog saya

http://onetwojuiceonline.blogspot.com/
http://cokodokz.fotopages.com/
Tue 18-Aug-2009 20:06
Posted by:afifi onetwojuiceonline@gmail.com  - [Link]
Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah
Thu 20-Aug-2009 07:07
Posted by:unnamed
Jom sulam Qistina...sulam dari bukit tinggi
http://sulamqistina.blogspot.com
Sat 22-Aug-2009 08:16
Posted by:unnamed
salam....kami SJBH dari kluang, johor,mengucapkan tahniah dengan permulaan untuk mencapai kejayaan. Kami pun sama juga baru dlm arena andaman. kalau kita saling sokong menyokong antara yg lain, tak mustahil menjadi sukses. Niat kami hanya untuk bersahabat dan bertukar idea jikalau ianya tak menjadi keberatan. kami juga akan menganjurkan ekspo usahawan dan andaman 2009 di plaza kluang mall pada bulan oktober nanti. booth ukuran 10'X10' berharga 600 selama tiga hari. jika berminat sila hubungi 019-7929310 fida. Pelbagai acara menarik juga akan di adakan. terima kasih Mon 24-Aug-2009 13:08
Posted by:sireh junjung bridal's house sirehjunjung_bh@yahoo.com
Tumpang iklan ye...
inginkan doorgift eksklusif pada harga mampu?
lawati http://yummychocs.blogspot.com untuk pilihan coklat2 menarik
Fri 28-Aug-2009 12:44
Posted by:chocsluv chocsluv@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.