BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 9-Jan-2011 23:44 Email | Share | | Bookmark
Majlis Penyatuan Dua Hati antara Mohamad & Atiqah

Alhamdulillah kepada-Mu Ya ALLAH.. kerana memberi kami kekuatan dan idea dalam melaksanakan
tugasan kami sepanjang hari... mingggu... dan bulan.

Majlis kali ini kami jayakan buat pengantin Mohammad & Atiqah, doa kami moga Allah senantiasa melimpahkan kebahagian dan keharmonian rumah tangga meraka hingga akhir hayat...amin







Monday, 3-Jan-2011 09:00 Email | Share | | Bookmark
Sweet Aliza Idris & Nizam

Majlis Perkahwinan Aliza & Nizam dilangsungkan pada 18 Dec 2011..
maaflah kak nur lambat upload gambar u allz.

kita layan dululah gambar nie... gambar nie D Ratu ambik dari fb pengantin.. boleh ya aliza.
aceeeehhhhh pengantin senyum manja yeeeeee

oooo dah dapat tahu pemilik gambar nie... so credit pada: pixelburok

yg bawah2 nie gambar dari kamera compaq kitaorg.
.. ada beza kaa?????





sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
D Ratu Bridal
http://d-ratu-bridal.fotopages.com
www.facebook.com/d.ratu.bridal
tel (013-6070393 nur wafa)





Sunday, 2-Jan-2011 01:03 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Ilmi Shukri @ Ulu Langat

Selamat Tahun Baru 2011.

Terima kasih kepada pelanggan2 baru mahupun yg terdahulu diawal penerjunan D Ratu ke dalam bidang perkahwinan yang memberikan ucapan tahun baru 2011. Walaupun pelbagai jenis ucapan yang diberi dan walaupun perlbagai ragam bahasa yang dihulurkan namun ia tetap membawa ertinya tersendiri.

Mesti banyak misi,visi,cita-cita dan impian serta azam yang ditanam bersempena tahun baru 2011.
Setiap manusia ada target tersendiri, biarpun ia payah untuk dicapai tetapi memadai kita tahu kemampuan diri utk menggapainya.. Org kata target biar "betul2 hebat"... kalau tak jadi pun biarlah sekadar "hebat" walaupun tak "betul2 hebat".

Buat pasangan pengantin D Ratu yang melangsungkan majlis perkahwinannya sepanjang cuti sekolah tahun 2010, kami doakan rumahtangga yang dibina bahagia dan kekal selamanya. Sekalipun usia masih muda dalam mengharungi rumahtangga namun ia tidak bermakna anda tidak matang mengharunginya.

Team D' Ratu Bridal juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga kehadiran 2011 membawa rahmat serta keberkatan dan kebahagian dalam hidup kita...amin









Tuesday, 14-Dec-2010 02:19 Email | Share | | Bookmark
Bilik Pengantin Era & Nas

Bismillahirohmanirohim...

Cabaran untuk menghasilkan dekorasi utk saiz bilik yang agak kecil adalah perkara yang telah menjadi satu kebiasaan D Ratu... Untuk menampakkan bilik tidur lebih besar memerlukan dekorasi yang tidak sarat dan warna yang tidak terlalu berat.. biar simple tetapi nampak nice dan warna lampu perlu warm...

Oleh yang demikian dekorasi kali ini.. kami menghiaskan dinding dengan bunga-bunga yang tersusun kemas yang bertingkat tinggi untuk menampakkan ruang bilik lebih tinggi. Cermin dan meja solek juga di hias dengan bunga senada dengan yang lain.

ada beberapa jer gambo yg sempat diambil... layan dulu lah ya.







sebarang pertanyaan leh email ke d.ratu.bridal@gmail.com
dan untuk appointment boleh terus hubungi atau sms ke 013-6070 393 (nur wafa)


Monday, 13-Dec-2010 02:24 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Lenny & Wan (12.12.2010)

Salam semua....

Menjelang december.... wahhhhh berpusu-pusu majlis perkahwinan di adakan.. sana -sini majlis kahwin. Sampai tak tahu nak p mana dulu utk menikmati nasik minyak pengantin....

Pengantin kami kali ini agak bersaiz besar namun kami meyakinkan penampilan busana dan makeup yang akan menampakkan kelangsingan wajah dan design baju pengantin yang menampakkan susuk badannya agak kecil dari saiz asal......

Bertemakan hitam & merah... kami adunkan juga bersama kombinasi kelabu supaya memberi tona pelamin yang lebih menawan.

Anda bersaiz XXL atau XXXL..??? dan mencari butik pengantin mana yang menyediakan baju plus size? Janganlah susah hati.. D Ratu ada menyediakan beberapa warna untuk bakal pengantin yang bersaiz agak besar.. antara warna baju bersaiz XL dan XXL atau XXXL adalah.. hitam & grey, hitam & merah, purpulish & pink, orange & peach, dark brown...

Nak cuba baju pengantin kami???? leh lah wat appointment sms/call 013-6070 393 (nur wafa).









Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami :
Email : d.ratu.bridal@gmail.com
Call/sms : 013-6070 393


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net