BUTIK PENGANTIN/PAKEJ PERKAHWINAN/BUSANA PENGANTIN /
DEKORASI PELAMIN/BUTIK PENGANTIN DI GOMBAK/BUTIK




By: D Ratu Bridal Kuala Lumpur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-Oct-2010 15:41 Email | Share | | Bookmark
Pelamin Roman Pillar Garden @ Majlis Persandingan Ayna

Buat tatapan semua...
Majlis persandingan ayna & pasangannya yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Nilai.

Pelamin roman berbentuk pillar bulat seakan rekaan binaan bangunan roman itali ini telah diadaptasikan menjadi dekorasi pelamin bagi meraikan raja dan ratu sehari kami. Kombinasi warna keceriaan diharapkan dapat menaikan ciri-ciri kemewahan rekaan dekorasi pelamin ini.

Besar harapan kami agar pengantin benar-benar rasa berpuashati dengan kerjatangan team D' Ratu bagi melakarkan hari bersejarah buat ayna & pasangannya. Doa kami panjatkan semoga rumahtangga yang terbina kekal bahagia ke akhir hayat dan kian bertambah rezeki yang diberkati untuk dinikmati.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
D Ratu Bridal House
Taman Gombak Permai Batu Caves (kami takder branch tau)
fp : - http://d-ratu-bridal.fotopages.com
email :- d.ratu.bridal@gmail.com
fb :- www.facebook.com/d.ratu.bridal











Monday, 4-Oct-2010 05:47 Email | Share | | Bookmark
Pelamin Roman Pillar utk Mempelai Hani & Pasangannya...

Pelamin terbaru dari D' Ratu Bridal House

Majlis persandingan bertemakan warna tiffany blue & coklat.
D' Ratu adunkan Pelamin Roman Pillar dengan warna tema majlis persandingan dgn beberapa element sweet color.. supaya kombinasinya akan menaikkan seri majlis tersebut.

Terima kasih kepada hani & pasanganya yang memberi kepercayaan dan kami balas dengan kesungguhan serta doa yang terbaik untuk mempelai ini..







untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi kami :
D ratu Bridal House Boutique
fp :- http://d-ratu-bridal.fotopages.com
fb :- www.facebook.com/d.ratu.bridal
email :- d.ratu.bridal@gmail.com
tel :- 013-6070 393 (nur wafa)
lokasi:- Gombak Permai


Thursday, 30-Sep-2010 02:07 Email | Share | | Bookmark
Majlis Bertandang Ruhaifi & Lyn @ Masjid Tuanku Sultan Mizan

Salam Lebaran.. yang masih berbaki hari sahaja lagi...

Wahhhh berpusu-pusu majlis perkahwinan selepas berakhirnya ramadhan... kami masih tidak berkesempatan update gambar-gambar pelamin di fb & fp.
Namun begitu kami ingin merakamkan selamat pengantin baru kepada semua pengantin D' Ratu Bridal. Semoga alam rumahtangga yang dibina berkekalan ke akhir hayat.. amin

so untuk kali ini...
Majlis bertandang Ruhaifi & Lyn di Masjid Tuanku Sultan Mizan Putrajaya









sebarang pertanyaan menegenai pakej D' Ratu sila email kepada kami di d.ratu.bridal@gmail.com
Untuk memudahkan tempoh balasan jawapan kepada email saudara dan saudari sila nyatakan :
- tarikh majlis :
- lokasi majlis:
- tema majlis :
- keperluan majlis :
a)baju persandingan & persalinan
b)baju nikah @ tempahan jahitan baju nikah
c)makeup
d)dekorasi bilik tidur
e)dekorasi meja makan pengantin
f)dekorasi meja potong kek
g)dekorasi tangga
f)dekorasi pelamin
g)red carpet
h)walkway (berlampu @ sarang burung @ bunga)
i)pintu gerbang
dan sebagainya


Atau boleh terus membuat appointment utk bertemu kami di Taman Gombak Permai
Untuk sebarang temujanji sila hubungi 013-6070 3939 (nur wafa)


Wednesday, 22-Sep-2010 12:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan El Regina Tajuddin & Azizul @ Estin Hotel PJ

Selamat Hari Raya + Pengantin Baru kepada para pelanggan D' Ratu yang dikasihi...
Semoga syawal ini memberi pengertian dan memori abadi buat pasangan yang mengakhiri zaman teruna & dara mereka.

Bermula seawal 2 & 3 Syawal, kami mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin D' Ratu yang sudi mengabdikan koleksi kami utk persandingan dihari bahagia mereka :
* hidayah & faisal
* hayati & asri
* maisarah & zainal

Majlis minggu ini dimulakan dengan majlis persandingan El Regina & Azizul yang berlangsung di Estin Hotel Petaling Jaya.

Bagi menghormati tetamu yang masih belum beransur pulang untuk majlis perkahwinan yang diadakan di sesi tengahari sebelumnya....kami menghitung masa yang berbaki. Berdebar rasa hati.. dilubuk hati berdoa semioga semuanya berjalan lancar.Masa terhad yang diberikan kepada kami untuk setup pelamin bukanlah satu halangan dan batu penghalang untuk kami realisasikan impian pengantin. Bermula dari jam 4.30 petang..pihak hotel berusaha meletakkan dan menyusun pentas pelamin di lokasi yang dijanjikan... Tanpa sebarang banyak bicara dengan 4 orang tenaga kerja kami memulakannya.

Berkonsepkan pelamin 'cuppah' yang simple namun elegent cuba kami garapkan bersama gabungan bunga segar orkid. Sepenuh tenaga dan idea kami curahkan demi kepuasan pelanggan dan tetamu yang bakal membanjiri majlisnya nanti. Alhamdulillah pelamin siap dipasang dan penelitian dekorasi hanya sekadar mengambil masa tidak lebih dari 2 jam. Wahhhhhh kami sendiri tidak menjangka secepat ini dapat dilaksanakan untuk dekorasi pelamin bunga segar.

Jommmmm kita kongsi gambo dari camera cikai kitaorg











Terima kasih diatas kepercayaan diucapkan kepada Regina & Dian (sahabat pengantin) yang berusaha menjejaki D' Ratu bagi menyempurnakan hari bahagia Regina & Azizul.


Monday, 6-Sep-2010 12:51 Email | Share | | Bookmark
Salam Idul Fitri...Semoga bertemu kembali Ramadhan akan datang..



Our House of Boutique operation
closed : 09 sept till 15 sept 2010
open : after 15 sept




[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net