|
|
| Friday, 23-Oct-2009 01:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dress Donna
|
|
Nama : Dress Donna
Warna : Purpulish + Pink
Material : French Lace + Chiffon + Satin + Sutera Organza
Spesifikasi : Potongan Gaun Muslimah dihiasi manik dan labuci. Boleh digayakan
sewaktu majlis potong kek, outdoor shooting, menghadiri majlis
(function/dinner)
Cutting : Highlight Line di bawah dada menampakkan potongan badan yang lebih
tinggi dan langsing
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Oct-2009 23:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dress Bella
|
|
Nama : Dress Bella
Material : French Lace & Chiffon
Warna : Biru & Putih
Harga Sewa : RM570
Apa yang Anda dapat : Baju Bella Tudung Bermanik, Veil Bermanik Lace, Kasut P & Mahkota
Baju Lelaki & Set Samping
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Sep-2009 15:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelamin Mini (Bertemakan Merah Putih)
|
|
Konsep : Simple & Nice
Tema : Red /Marron & White
Harga : RM490
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Sep-2009 12:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CLOSE-UP
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Sep-2009 21:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menerima Tempahan Jahitan Baju Merisik / Bertunang / Nikah
|
|
Anda selalu menghadapi masalah mencari “tailor” untuk menjahit baju merisik/bertunang/nikah anda???
Setelah anda mencari dan membeli dengan bersusah payah mengikut material fabrik pilihan hati … tetapi tempahan jahitan agak MAHAL..... Anda di dalam keadaan sedih dan tercari-cari jalan penyelesaiannya?????
Kini kami memberi jalan keluar kepada masalah tersebut….
KAMI MENAWARKAN HARGA PALING RENDAH…
MATERIAL ANDA DARI FABRIK LACE & SATIN = FASYEN KEBAYA MODEN / KURUNG MODEN = SERENDAH RM190.
Lokasi kami : Taman Gombak Permai (Selepas Pinggiran Batu Caves)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Sep-2009 01:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tampil Anggun dan Sopan - Gaun Muslimah
|
|
Spesifikasi Busana
Design : Mempunyai potongan menarik dan sopan, berpotongan tangan yang labuh ke pergelangan lengan
Manik : Tidak terlalu sarat namun tetap menonjolkan ciri ekslusif design manik
Material : Tidak panas dan tidak terlalu berat
Tudung : Dijahit khas sedondon dengan manik dan lace yang ada pada gaun
Veil : Dijahit khas dengan mengambil ciri-ciri dan bunga gaun
Saiz : M-L
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Aug-2009 05:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SALAM RAMADHAN...
|
|
Ramadhan kembali hadir..... alhamdulillah kita mampu menikmati kehadirannya lagi
Semoga Ramadhan ini banyak memberi erti dan keberkatan dalam hidup kita..
Supaya mana-mana kelemahan diri kita.. kita mampu perbaiki...amin
Penglibatan kami di sebuah karnival pameran pengantin tempohari telah membuka mata kami... dimana berlaku sabotaj kepada hasil pelamin dan dekorasi mentor kami... Sedih sangat apabila segelintir dari "butik pengantin" tersebut mengaku gambar pelamin tersebut adalah milik mereka sendiri...
Aktiviti "CUT" & "PASTE" gambar asal dan hanya menukar "tag" nama butik pengantin telah membuatkan para pelanggan confiuse ... siapakah milik sebenar pelamin tersebut. Sekiranya anda sendiri meneliti... setiap butik pengantin mempunyai tema atau idea yang membuatkan ia berbeza dari yang lain. Mungkin dari dasarnya ramai orang yang menggunakan "pillar' (panel putih) .. namun lihat hasil dekorasinya.. pasti ada beza. Walaupun tak banyak... namun masih ada kelainan dari satu butik pengantin dengan yang lain.
Kalaupun ada yang sama... ia hampir sama .. tapi tak sama sepenuhnya.
Perkara ini akan berlaku bila pelanggan yang meminta sepertimana idaman pelamin impiannya... sama sepertimana butik pengantin yang lain. Namun mesti butik pengantin tersebut akan menghasilkan kelainan sedikit utk meletakkan identitinya di situ.
Masalah ini tidak menjadi besar sekiranya mana-mana butik pengantin menghasilkannya sendiri..
Hasil tanganya diabadikan dalam gambar dan letakkan di album untuk tatapan pelanggan-pelanggannya.Biarpun ikut ala-ala butik pengantin yang hebat... tetapi hasil tangannya sendiri
dan ada identitinya sendiri.
Tetapi yang menjadi isu utama.. bila aktiviti "CUT" & "PASTE" kepada hasil butik pengantin lain dan mengaku ianya hasil "butik pengantinnya"...
Siap beri penerangan panjang lebar mengenai gambar pelamin tersebut... dahlah penerangan yang diberikan pun tidak tepat malah salah.... mengaku pula hasil tangannya.
Kami akur.. biarpun kami masih setahun jagung .. namun kami tidak sesekali ingin menarik pelanggan dengan meletakkan hasil pelamin orang lain dan mengaku milik sendiri... Berdirilah dengan apa yang anda miliki.. biarpun tidak sehebat mana.. TETAPI IDENTITI ANDA TETAP ADA PEMINATNYA.. percayalah pada diri sendiri.
Bagaimana perasaan anda apabila hasil ciptaan dan rekaan anda telah diakui sebagai hasil org lain.. bayangkan sewaktu anda bersusah payah memerah idea dan keringat menghasilkannya... tetiba dah siap, orang "CUT" gambar sebenar ciptaan anda dan "PASTE" sebagai koleksi miliknya sendiri.. hanya menukar "tag" hakcipta.
Tidak salah sekiranya idea dikembangkan dan diadaptasi kepada sesuatu yang ada kelainannya... tetapi bukanlah dengan melakukan aktiviti mudah "CUT' & "PASTE"..
Semoga ramadhan ini membawa kesedaran dan keinsafan dalam diri kita... amin
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Aug-2009 21:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PAKEJ PERKAHWINAN DARI D' RATU BRIDAL AUGUST 2009
|
|
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA...
Oleh kerana ramai pelanggan-pelanggan yang kami tidak sempat untuk berbincang dengan lebih lanjut di atas faktor masa dan tempat yang terhad semasa Pameran Weddingku di Dewan Centrum Setiawangsa, kami mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari ke lokasi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut....
Sebarang persoalan boleh terus hubungi D' Ratu Bridal :
Email : d.ratu.bridal@gmail.com
Tel : 013-6070 393
Y.M : d_ratu_bridal@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Aug-2009 00:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penghargaan kami buat semua....
|
|
Lokasi : Dewan Centrum Setiawangsa Kuala Lumpur
Perasmian : Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim
Kementerian : Pertanian dan Industri Asas Tani
MC : Nurul Syuhada Nur Ain (TV3)
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami dan ibu bapa mertua kami yang memberi sokongan dan doa untuk kami meneruskan niat di hati dalam menceburi arena ini.. Dengan langkah yang diatur selepas penganiayaan dilakukan ke atas rumahtangga dan kerjaya kami… mungkin semua itu mempunyai jutaan hikmah yang baik tersembunyi darinya.. Kami akur dan redha semoga ketentuan ini adalah jalan yang ALAH tentukan bagi mengukuhkan ikatan dan hubungan kami berdua.Juga buat kakak, abang dan adik kami yang sentiasa bertanya khabar mengenai perniagaan kami dan memberi bantuan secara langsung atau sebaliknya.
Sekalung terima kasih kami tidak terhingga kepada RiNS SUZANA (Rudie & Suzana) dan team RiNS dalam memberi nasihat dan bantuan serta sokogan dari pelbagai aspek bagi menjayakan pameran di Dewan Centrum Setiawangsa. Menaikkan semangat kami dan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi malah membantu dan mendidik kami untuk melalui liku dan ranjau dalam arena ini… Sesungguhnya walaupun sepatah ayat dari mereka amat bermakna buat kami terus berada di sini hari ini.
Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan-pelangan D’ Ratu Bridal House yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan kelengkapan menjelang majlis Perkahwinan mereka. Namun kami juga berbesar hati kepada pelanggan-pelanggan yang sudi singgah dan memuji-muji koleksi kami yang tidak seberapa adanya.
Kemaafan kami hulurkan kepada pelanggan-pelanggan yang mana kami tidak berkesempatan melayan dan memberi bantuan khidmat nasihat kepada para bakal ratu dan raja sehari yang singgah ke booth kami di sepanjang pameran. Kehadiran pelanggan-pelanggan yang diluar jangkaan membuatkan kami terharu dengan sambuatan tersebut… Sehingga di saat booth kami berkemas untuk aktiviti packing, masih ada yang sudi hadir dan singgah ke booth kami… setelah kami tidak sempat melayan beliau buat pertama kali beliau singgah ke booth seawal pagi tersebut… kedatangan beliau dengan cubaan kedua walaupun booth telah ditutup mendatangkan hasil… terima kasih kerana memberi kami peluang melayan dan memberi khidmat nasihat buat beliau . Pengalaman pertama D’ Ratu Bridal House bergerak sendiri dan berbekalkan usia setahun jagung mengakui sambutan sebegini amatlah menggembirakan… Namun siapalah kami jika bukan kerana pelanggan-pelanggan yang percayakan dengan perkhidmatan yang kami berikan.
Oleh kerana banyak juga panggilan telefon yang kami terima setelah pameran berakhir.. kami akan aturkan hari dan masa pertemuan kita … kami sedaya upaya cuba memenuhi impian dan keperluan raja dan ratu sehari yang menyokong pemakaian dan busana muslimah kami..
Terima kasih ini juga kami rakamkan buat teman-teman yang membantu dan menguatkan semangat kami sama ada secara langsung atau tidak langsung…. Sama ada melalui bantuan fizikal dan tenaga malah walaupun sekadar panggilan telefon yang sesaat cuma… sesungguhnya ia bermakna buat kami…
Akhir kata TERIMA KASIH SEMUA…. Semoga ALLAH sentiasa memberkati kita semua.. amin.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Aug-2009 08:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PAMERAN PENGANTIN DEWAN CENTRUM, TAMAN SETIAWANGSA
|
|
Salam buat semua pelanggan,
Di sini D Ratu Bridal ingin menjemput semua pengunjung fotopages kami ke Dewan Centrum, Taman Setiawangsa bersebelahan Medan Selera Taman Setiawangsa......
Masalah Parking? Tidak perlu risau kerana parking di sini percuma... Anda boleh parking di tingkat 4 dan menaiki lif ke tingkat 5 untuk ke Dewan Centrum.....
Kunjungi kami di booth L1 berhadapan Pentas Utama bagi mendapatkan harga promosi sempena pameran ini.....
Jumpa Anda Di Sana.......
Gambar- Gambar Sekitar Booth Kami Di Pameran Pengantin buat Tontonan Anda:
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
email : d.ratu.bridal@gmail.com
tel : 013 - 6070 393 (Nur Wafa)
|
|
|
|